Firman Allah SWT dalam surah al-Naba ayat 18:
"Yaitu hari (yang pada waktuitu) ditiup sangkakala lalu
kamu datang berkelompok-kelompok."
Adalah diriwayatkan bahwa ayat yang tersebut diatas
pernah ditanyakan olehSaidina Muaz bin Jabal,
katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah SAW menangis sebelum menjawab pertanyaan tersebut karena inilah yang
selalu dibimbangkan oleh baginda.
Lalu baginda menjawab:
"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur
akan menjadi 12 golongan.
Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1
golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11
golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:
1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan.
Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.
2.Mereka yang menyerupai babi.
Ini adalah balasan bagi orang yang suka meninggalkan solat lima waktu.
3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala.
Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya.
Inilah balasan mereka yang berdusta.
5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya.
Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.
6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu.
Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat namun diam saja.
7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut.
Ini balasan mereka yang tidak mau mengatakan kebenaran.
8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala
dibawah dan kakinya keatas.
Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.
9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan
perutnya penuh api.
Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.
10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan.
Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu
bapanya.
11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti
tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan
pehanya keluar kotoran.
Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.
Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:
12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama,
berjalan di atas titian Mustaqim pantas seperti kilat.
Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan
solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar